Kelas Asas Komputer (Komponen Komputer)

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 17 November 2019, Kelas Asas Komputer yang berfokuskan pengenalan komponen komputer telah diadakan di Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari selama 2 jam bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan membuat pendedahan awal komponen asas komputer kepada para pelajar yang menyertai kelas ini. Dalam kelas ini, para pelajar diperkenalkan kepada perkasasan asas komputer seperti monitor, pembesar suara, papan kekunci dan juga CPU. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan maksud komputer, perubahan jenis komputer dari dulu hingga sekarang dan juga bagaimana sesebuah komputer beroperasi (Input, pemprosesan, output dan juga storan).
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada komputer – maksud komputer dan perubahan komputer dari zaman ke zaman
2. Pengenalan kepada perkakasan asas komputer
3. Sesi soal jawab
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali